Feedjit

http://pureen.com.my/Newborn-Petite/View-all-products.html

Pages

Powered by Blogger.
RSS

symantec for school


versi 64 bit :

YTL symantec versi 64 bit
 
 
versi 32 bit :
 
YTL Symantec versi 32 bit

lagi detail mengenai bidang tugas ATCO

sumber diambil dari  http://dca.sabah.gov.my/en/?page_id=72&lang=ms

BAHAGIAN OPERASI
Bahagian operasi DCA terbahagi kepada empat unit iaitu:
  1. Unit Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara (ATCS).
  2. Unit Inspektorat.
  3. Unit Mencari dan Menyelamat (SAR).
  4. Unit Latihan.
Unit Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara
Menyediakan lima jenis perkhidmatan iaitu:
  1. Perkhidmatan Kawalan Approach (APCs).
  2. Perkhidmat Kawalan Aerodrome (ADCs).
  3. Perkhidmatan Kawalan Area (ACs).
  4. Perkhidmatan Maklumat Aeronautical (AIS).
  5. Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS).
Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara disediakan untuk:
  • Semua pesawat IFR di ruang udara kelas A,B dan C.
  • Semua pesawat VFR di ruang udara kelas B dan C.
  • Semua pesawat utama VFR.
  • Semua trafik aerodrome yang berada di bawah kawalan aerodrome.
Objektif perkhidmatan Kawalan Trafik Udara adalah untuk:
  • Mencegah perlanggaran diantara kapal terbang semasa di udara.
  • Mencegah perlanggaran diantara kapal terbang dengan halangan-halangan di daratan.
  • Mempercepatkan dan melicinkan pergerakan lalulintas di udara.
  • Memberi maklumat berguna kepada juruterbang pesawat untuk kelancaran lalulintas udara.
  • Memberi maklumat berguna kepada juruterbang pesawat demi keselamatan sesuatu penerbangan.
  • Memberi maklumat dan bersedia memberi bantuan kepada pihak-pihak yang berkenaan sekiranya terdapat kecemasan atau nahas kapal terbang.
Semua operasi Unit Kawalan Trafik Udara adalah termaktub dibawah kawalan undang-undang, peraturan dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan iaitu:
  • Manual Air Traffic Services (MATs).
  • Aerodrome Information Publication (AIP).
  • International Civil Aviation Organization (ICAO).
  • Air Navigation Order (ANO).
  • Civil Aviation Act 1969.
  • Regional Operation Instructions (ROIs).
  • Pekeliling-pekeling Perkhidmatan dan Perbendaharaan.
Kepayan Tower

Perkhidmatan Kawalan Approach (APCs)

Unit ini bertanggungjawab mengawal penerbangan bagi pesawat yang berlepas dan mendarat. Mereka akan saling bekerjasama dengan pegawai-pegawai kawalan trafik udara untuk memastikan kelancaran sesuatu penerbangan. Perkhidmatan akan tertumpu khususnya di kawasan yang berada di bawah kawalan mereka selaras dengan peruntukan yang terdapat dalam Manual Traffic Services (MATs).
APC perlu menyediakan perkhidmatan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan kepada mereka dan ia adalah tertakluk di bawah UOI . Beberapa prosedur mesti dipatuhi dan harus menepati piawaian agar satu penyelarasan yang spesifik dapat ditentukan khususnya di antara unit yang menyediakan perkhidmatan Area Control dari mana-mana ‘local instruction’ serta yang ada kaitan dengan unit APC.
APC juga bertindak untuk:
  • Menentukan jarak yang selamat di antara pesawat IFR/VFR di ruang kelas udara yang dibenarkan.
  • Menetapkan paras sesebuah pesawat supaya sentiasa berada di tahap ketinggian yang dibenarkan dengan mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan. Prosedur-prosedur tersebut mestilah dipatuhi oleh semua juruterbang.
Unit APC bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan trafik udara kepada semua pesawat merangkumi masa, paras dan tempat iaitu seperti:
  • Pesawat yang berada di bawah kawalan area dan kemudian kawalan tersebut akan diambil-alih/dilepaskan kepada bahagian kawalan aerodrome.
  • APC akan bertanggungjawab ke atas setiap pesawat yang memasuki ruang udaranya samada dari ruang udara di luar lingkungan kawalan sehinggalah kawalan tersebut diambil alih oleh bahagian kawalan aerodrome.
  • Mengambil alih tugas mengawal pesawat yang berlepas dari kawalan aerodrome sehinggalah kawalan tersebut dipindahkan ke kawalan APC, berada di ruang udara dan jaraknya adalah jauh dari mana-mana pesawat IFR dan VFR yang lain.
  • Pesawat yang melalui atau melepasi ruang udara APC.
Untuk memastikan perkhidmatan tersebut berjalan dengan lancar, ia akan diuruskan oleh pegawai-pegawai kawalan yang berikut:
Pegawai Kawalan Approach  bertanggungjawab untuk:
  • Berkomunikasi secara langsung dengan juruterbang yang bertugas untuk menentukan jarak yang selamat di antara pesawat.
  • Menyelaras pelan tindakan segera dengan unit perkhidmatan kawalan trafik yang lain untuk mengawal dan mengatur keadaan trafik.
  • Memberi bantuan kepada pesawat yang dalam kecemasan atau menghadapi masalah ketika dalam penerbangan.
Pegawai Kawalan Perancang Approach  bertanggungjawab untuk :
  • Mengaktif dan menguruskan Electronic Flight Strips (EFS).
  • Menyelaras sokongan kepada pegawai kawalan approach.
  • Merancang pergerakan pesawat yang berkaitan dengan aktiviti penerbangan yang lain seperti gun firing, parajump, pyrotechmics show dan latihan jet ketenteraan.
  • Mengurus maklumat Aeronautical dan Meteorological.
Secara ringkasnya, tugas dan tanggungjawab pegawai kawalan approach dan Pegawai kawalan perancang approach adalah seperti berikut:
  • Mengekalkan tumpuan mengawal keadaan trafik (penerbangan) kecuali keadaan berada dalam tahap yang memuaskan.
  • Menjadi penyelia Pusat Kawalan Trafik Udara seperti yang diperuntukkan dalam perkhidmatan kawalan trafik udara di sekitar kawasan approach Kinabalu.
  • Memastikan laluan trafik yang selamat, pantas dan sistematik.
  • Sentiasa mengamalkan sikap berjaga-jaga secara berterusan dengan mendengar saluran-saluran komunikasi yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengelak dari sebarang perkara yang tidak diingini.
  • Mengekalkan paparan data (skrin) berkenaan perkembangan penerbangan ke semua pesawat yang berada di bawah kawalannya.
  • Menyampaikan laporan mengenai perkhidmatan yang boleh diguna pakai dan memberi bantuan navigasi kepada pesawat di bawah kawalannya sekiranya perlu.
  • Mematuhi semua petunjuk dan arahan-arahan semasa.

Penyelarasan APC Dengan ADC

Pegawai Kawalan Approach akan bertanggungjawab mengawal pergerakan setiap pesawat yang tiba sehingga kawalan tersebut diambil-alih oleh pegawai kawalan aerodrome (ADC). Proses pemindahan kawalan dilakukan dengan mengarahkan pesawat yang tiba mengubah frekuensi sedia ada seperti yang telah dipersetujui dalam prosedur kawalan APC dan ADC.
Setelah penyelarasan dibuat dengan ADC, pegawai APC akan:
  • Mengarahkan pesawat yang memasuki ruang udara approach agar berada dalam lingkungan yang ditetapkan/menahan pesawat tersebut dari mendarat sehinggga ADC memberi arahan yang selanjutnya.
  • Memberi kuasa kepada ADC membenarkan pesawat untuk berlepas bergantung kepada pertimbangan ADC dengan memberi keutamaan kepada pesawat yang ingin mendarat.
APC boleh memberi/menentukan masa berlepas bagi sesebuah pesawat kepada ADC jika diperlukan bertujuan untuk menjarakkan pesawat yang telah dan akan berlepas supaya berada dalam jarak yang selamat.

Pertukaran Data Penerbangan Dan Kawalan Dengan ADC

APC haruslah memaklumkan ADC berkenaan dengan semua data yang berkaitan dengan kawalan penerbangan IFR/VFR seperti berikut:
  • ETA (Estimate Time of Arrival) untuk aerodrome atau untuk kemudahan yang berkaitan dengannya sekiranya diperlukan.
  • Pemindahan/pengalihan control point.
  • Senarai pesawat yang dijangka akan dipindahkan kawalannya.
  • Penundaan pelepasan trafik yang dijangka dan sebab-sebab penundaan.

Pemindahan Kawalan Dari APC Kepada ADC

APC boleh memindahkan kawalan kepada ADC berkenaan ketibaan pesawat IFR berdasarkan perkara-perkara berikut:
  • Keutamaan mendarat diberikan kepada pesawat yang membawa peralatan dan dilaporkan lulus FAF serta bahagian yang lain seperti yang telah dipersetujui.
  • Pesawat yang berikutnya yang tiba dan berada pada jarak yang selamat daripada pesawat sebelumnya serta telah memasuki kawasan aerodrome.
  • Pesawat yang beroperasi dalam lingkungan/kawasan trafik.
  • Pesawat yang meghampiri aerodrome dan dapat dilihat pada jarak 5km atau lebih.

APC Dengan Area Control (AC)

APC mesti memberitahu AC berkenaan dengan data-data yang berkaitan dengan penerbangan IFR seperti berikut:
  • Paras yang lengang/kosong. Purata jarak waktu antara pesawat-pesawat yang tiba secara berurutan seperti yang ditentukan oleh APC.
  • Semakan terhadap EAT (Expected Approach Time) yang dikeluarkan oleh AC apabila pengiraan yang dilakukan APC menunjukkan perbezaan masa 5 minit atau berlainan seperti yang tersedia dalam UOI.
  • Masa ketibaan pesawat yang berada di holding point sekiranya terlewat 3 minit atau lebih.
  • Pembatalan penerbangan IFR.
  • Waktu untuk berlepas.
  • Missed approach apabila perubahan laluan perlu dilakukan supaya tindakan seterusnya dapat diselaraskan untuk membantu pesawat mendarat dengan selamat.
  • Semua maklumat yang diperolehi berhubung kelewatan melapor pesawat yang tidak dilaporkan.
Sekiranya pesawat-pesawat yang melintas/melalui laluan udara boleh menyebabkan kelewatan/penundaan, APC boleh meminta AC melepaskan kawalan ke atas pesawat-pesawat tersebut bagi membolehkan penyusunan lalulintas dengan lebih teratur dan berkesan.
Lapangan Terbang Lahad Datu

Perkhidmatan Kawalan Aerodrome (ADC)

ADC memberi perkhidmatan kawalan trafik di kawasan aerodrome yang beroperasi di Menara Kawalan, Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS) dan perkhidmatan mengawasi pesawat-pesawat. Perkhidmatan yang disediakan oleh bahagian ini meliputi:
  • Pesawat-pesawat yang terbang dengan rujukan visual ke permukaan dan kawasan/zon trafik aerodrome.
  • Pesawat-pesawat yang dikendalikan dalam kawasan pengendalian.
ADC bertanggungjawab memastikan keselamatan serta kawalan trafik yang teratur, cepat dan selamat di kawasan trafik udara dan di kawasan aerodrome untuk mengelak perlanggaran di antara:
  • Pesawat yang terbang di litar trafik aerodrome.
  • Pesawat yang dikendalikan di kawasan maneouvering.
  • Pesawat yang berada di kawasan maneouvering dan yang menghalang kawasan itu.
Di CTRS yang tidak mempunyai unit kawalan, pembahagian approach akan dibuat. ADC akan memberikan perkhidmatan kawalan approach dan aerodrome serentak. Unit ADC juga akan menyediakan lokasi surface movement control (SMC). Mereka akan bertanggungjawab untuk menyelaraskan pergerakan dan memastikan trafik di litar tersebut tidak menganggu trafik di litar bersebelahan. Selain dari itu, mereka juga bertanggungjawab mengawasi perkhidmatan keselamatan tempatan untuk pesawat yang mendarat dan berlepas telah dimaklumkan berkenaan perkhidmatan keselamatan yang dikategorikan di bawah terbitan lapangan terbang.
Perkhidmatan Maklumat Penerbangan Aerodrome/Aerodrome Flight Information Services (AFIS) akan disediakan di sesetengah kawasan aerodrome yang tidak mempunyai kawalan trafik udara. Perkhidmatan ini beroperasi di kawasan aerodrome yang tidak begitu sibuk dan kekurangan pegawai yang berkelayakan untuk dilantik bagi mewujudkan satu unit yang dikenali sebagai Unit Perkhidmatan Kawalan Aerodrome (ADC).
AFIS bertanggungjawab untuk menyediakan segala maklumat penting yang berkenaan kepada juruterbang yang akan membuat pendaratan. Walau bagaimanapun, AFIS tidak termasuk dalam perhkidmatan kawalan trafik Udara. Perbezaan di antara AFIS dan ATCS (Air Traffic Control Services) ialah AFIS tidak mengawal dan memberi arahan kepada pesawat sepertimana yang dilakukan dalam ATCS. Oleh itu, juruterbang akan hanya diberi maklumat yang diperlukan dan mereka harus membuat keputusan sendiri dalam melakukan sesuatu tindakan.
Maklumat-maklumat yang disediakan oleh AFIS adalah seperti berikut:
  • Maklumat berkenaan cuaca.
  • Maklumat berkenaan keadaan aerodrome dan kemudahan-kemudahannya.
  • Menyampaikan mesej dari/ke Pusat Maklumat Penerbangan masing-masing.
  • Maklumat mengenai sebarang kenderaan yang terdapat di kawasan pergerakan aerodrome.
  • Maklumat mengenai nahas di aerodrome dan perkhidmatan bomba serta pemberitahuan perkhidmatan kecemasan yang lain.
  • Maklumat mengenai keadaan lampu-lampu kecemasan di kawasan aerodrome.
  • Maklumat mengenai keadaan lalulintas yang lain.
Lapangan Terbang Tawau

Perkhidmatan Kawalan Kawasan / Area Control Services (ACS)

Perkhidmatan Kawalan Kawasan (ACS) merujuk kepada perkhidmatan kawalan trafik udara untuk mengawal pesawat-pesawat yang terbang dan yang berada dalam lingkungan kawalan kawasan tersebut.
Perkhidmatan Kawalan Kawasan Beradar/Tanpa Radar disediakan kepada pesawat yang berada di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu FIRs, persisiran Laut China Selatan dan ruang udara yang berdekatan. Had liputan ruang udara adalah ditentukan oleh keupayaan radar yang digunakan dan yang tertakluk dalam UOI.
ATSC digabungkan dengan unit APC bagi menyediakan perkhidmatan kawalan approach untuk kepentingan TMA. ATSC memberi kebenaran kepada pesawat untuk beroperasi sejajar dalam peruntukan maklumat penerbangan dan perkhidmatan oleh ATSC boleh didapati dengan lengkap di dalam UOI.
Di dalam bahagian tugas dan tanggungjawab, ACs ada menyediakan perkhidmatan pengawalan penerbangan dalam kawasan kawalan apabila tidak disediakan oleh kawalan aerodrome atau kawalan approach.
Kawalan kawasan dibahagikan kepada dua sector iaitu sektor satu dan sector dua. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban kerja pengawalan trafik udara. Oleh itu, setiap sektor ATC hanya akan dipertanggungjawabkan di bahagian masing-masing agar pengawalan kawasan dapat meningkatkan mutu pengawalan trafik udara yang cekap dan sistematik.

Pengsektoran Kawalan Area

Dalam peruntukan perkhidmatan AC, ATSC mempunyai beberapa sector yang berhubung rapat dalam menjalankan tugas di dalam satu bahagian. Pengendalian dan cara operasi setiap sektor mungkin berbeza di setiap ATSC. Ini ditentukan terutamanya oleh skop perkhidmatan masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka akan sentiasa memberikan perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
  • Pegawai kawalan di setiap sector mesti bertanggungjawab untuk mempamerkan mutu kerja yang cekap khususnya terhadap tugas yang telah ditentukan seperti di dalam deskripsi tugas.
  • Pegawai kawalan mestilah saling mengawasi rakan sekerja mereka ketika bertugas untuk memastikan mereka melakukan tugasan yang telah ditetapkan dan dibenarkan sahaja.
  • Setiap sector mesti mempunyai system paparan data penerbangan utama yang akan memaparkan semua arahan yang telah diluluskan dan dikeluarkan serta penerimaan komunikasi untuk tujuan mengesan dan menyelesaikan sebarang konflik.
  • Pegawai kawalan radar tidak boleh mengubah sebarang prosedur yang telah disahkan tanpa penyelarasan dengan pegawai kawalan perancang kecuali ketika keadaan trafik udara memerlukan tindakan segera/prosedur-prosedur tersebut telah dikuatkuasa dan telah ditetapkan dalam UOI.
  • Pegawai kawalan perancang bertanggungjawab untuk memastikan setiap sektor di bawah kawalannya beroperasi dengan cekap.
Pegawai perancang sektor dan pegawai kawalan radar bertanggungjawab ke atas keselamatan, kecekapan, peruntukan perkhidmatan kawalan trafik udara mengikut keutamaan, perkhidmatan maklumat penerbangan dan perkhidmatan memberi amaran di dalam lingkungan kawasan yang telah dipertanggungjawabkan seperti dalam MATS.
Pegawai kawalan radar mestilah menyediakan perkhidmatan radar yang bersesuaian kepada setiap pesawat yang berada dalam lingkungan sektor mereka sehinggalah kawalan de atas pesawat tersebut dipindah ke sector/unit ATS yang lain.
Pegawai kawalan perancang sector mesti merancang dan menyelaras seperti yang dikehendaki mengikut keperluan ketika menguruskan semua penerbangan yang akan beroperasi di sector masing-masing. Dalam hal ini, pegawai kawalan tersebut haruslah:
  • Mengeluar/mengesahkan pelepasan laluan pesawat yang boleh digunakan.
  • Mematuhi/bersetuju ke atas semua prosedur penerimaan dan pemindahan pesawat secara sistematik.
  • Mengekalkan sistem paparan data penerbangan yang terkini.
  • Menyediakan maklumat yang penting dan berguna kepada pegawai kawalan sector radar mengikut peruntukan perkhidmatan kawalan trafik udara.
Lapangan Terbang Sandakan

Perkhidmatan Penerbangan Aeronautikal / Aeronautical Information Services (AIS)

Objektif AIS ialah memastikan penyaluran maklumat yang diperlukan demi keselamatan, ketetapan dan kecekapan Penerbangan Udara Antarabangsa.
AIS juga bertanggungjawab ke atas penerbitan dan pengedaran maklumat penting demi keselamatan, ketetapan dan kecekapan navigasi udara. Maklumat tersebut disediakan dalam bentuk yang bersesuaian untuk keperluan pengoperasian seperti:
  • Pegawai operasi penerbangan termasuk anak-anak kapal dan kepada perkhidmatan lain yang bertanggungjawab ke atas maklumat pra-penerbangan.
  • Unit perkhidmatan trafik udara yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan maklumat penerbangan(FIS).
Fungsi utama AIS ialah:
  • Mengumpul, menyemak, menyunting dan menyampaikan maklumat aeronautical yang mencukupi dan tepat pada masanya. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
  1. a. Aerodromes.
  2. b. Perkhidmatan trafik udara dan kemudahan.
  3. c. Komunikasi dan kemudahan serta perkhidmatan navigasi udara.
  4. d. Perkhidmatan meteorology.
  5. e. Perkhidmatan dan kemudahan mencari dan menyelamat.
  6. f. Prosedur dan keperluan peraturan berkaitan dengan navigasi udara.
  7. g. Pemberitahuan mengenai bahaya kepada navigasi udara.
  8. h. Imigrasi, kesihatan dan keperluan kastam.
  • Menerima maklumat post-flight daripada kakitangan pesawat/operator dan menyampaikannya kepada sesiapa yang berkenaan.
  • Mendapatkan maklumat pre-flight untuk memenuhi keperluan maklumat in-flight daripada AIS di negeri lain dan daripada sumber lain yang boleh didapati.
Untuk menyokong fungsi AIS. International NOTAM Offices (NOF) dan Briefing Offices telah ditubuhkan di beberapa buah lapangan terbang seperti:
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  • Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Kuching (tahap maklumat terhad).
Selaras dengan keperluan ICAO, maklumat aeronautical yang diperlukan akan diterbitkan sebagai Intergrated Aeronautical Information Package. Antara isi kandungannya adalah seperti berikut:
  • Aeronautical Information Publication (AIP) termasuk satu perkhidmatan pindaan.
  • Tambahan kepada AIP.
  • NOTAM dan Pre-Flight Information Bulletins (PIB).
  • Aeronautical Information Circulars (AIC).
  • Senarai semakin dan ringkasan.
Selain daripada fungsi yang utama, International NOTAM Offices juga berfungsi untuk menerima dan memproses flight plans termasuk yang diserahkan oleh operator penerbangan dibawah sistem Repetitive Flight Plan (RPL).

Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS)

Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS) adalah maklumat yang disediakan oleh Perkhidmatan Trafik Udara berkenaan dengan keselamatan pesawat. Bahagian ini ditubuhkan untuk memberi maklumat penerbangan kan perkhidmatan kecemasan kepada pesawat yang beroperasi di luar ruang udara kawalan oleh pegawai kawalan FIS. Pegawai kawalan trafik udara bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan maklumat penerbangan kepada semua pesawat. Maklumat tersebut disampaikan melalui perkhidmatan kawalan trafik udara/mana-mana unit trafik udara bertanggungjawab meyediakan perkhidmatan maklumat penerbangan kepada semua pesawat. Maklumat tersebut disampaikan melalui perkhidmatan kawalan trafik udara/mana-mana unit trafik udara yang berkenaan. Maklumat yang disediakan oleh unit ini adalah seperti:
  • Laporan SIGMET.
  • Perubahan kegunaan alat pandu arah.
  • Perubahan keadaan aerodrome dan kemudahan berkaitan termasuk kawasan pergerakan yang telah dikenalpasti.
  • Aktiviti letusan gunung berapi.
  • Pelepasan bahan radioaktif/bahan toksid ke atmosfera.
  • Unmanned free ballons.
  • Laporan keadaan cuaca/ramalan cuaca di kawasan pelepasan dan ketibaan aerodrome.
  • Gangguan berbahaya kepada operasi kapal terbang di ruang udara klas C, D dan G.
  • Panggilan radio, kedudukan, laluan sebenar, kelajuan dan lain-lain maklumat ketika kapal berada di permukaan atas permintaan juruterbang untuk penerbangan di kawasan berair.
Sekiranya diperlukan:
  1. Arah laluan dan trek permulaan pesawat untuk berlepas.
  2. Arah pendaratan yang dirancang.

Peralatan Yang Digunakan Dalam Kawalan Trafik Udara

  1. Radar (AIT).
  2. Alat Pandu Arah – VOR (VHF OmniDirectional Radio Beacon).
  3. Alat Bantuan Pendaratan.


Unit Inspektorat
  • Mengawal operasi para pegawai ATS dan pelatih baru.
  • Dkendalikan oleh tiga pegawai senior dari ATSS yang terdiri daripada:
  1. 1. Pegawai Inspektorat.
  2. 2. Pengurus Latihan.
  3. 3. Pegawai Pemeriksa.
Objektif:
  • Memastikan setiap pegawai ATC mempunyai pengetahuan asas dan berkeupayaan tinggi untuk membolehkan mereka mencapai objectif ATS.
  • Memastikan keberkesanan program latihan, memeriksa system perlesenan, rating, peperiksaan dan pengawasan.
  • Memastikan objektif ATCS dicapai.
Fungsi:
  • Menilai kelayakan pemohon lesen / rating.
  • Mengeluar dan mengesahkan lesen /rating.
  • Meluluskan kursus-kursus latihan ATC.
  • Meluluskan penggunaan simulasi untuk mendapatkan pengalaman / demonstrasi kemahiran yang diminta berkenaan isu-isu lesen /rating.
  • Mengesahkan isu berkenaan dengan permohonan lesen oleh negara-negara yang tertakluk di bawah ICAO.
  • Mencadangkan/memperakui permintaan orang perseorangan berkenaan dengan perkara-perkara di atas.

Unit Mencari Dan Meyelamat (SAR)
Perkhidmatan mencari dan menyelamat pesawat di Malaysia disediakan oleh Jabatan Penerbangan Awam dengan kerjasama TUDM,TLDM,PDRM dan Jabatan Marin. Apabila operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan pesawat awam diperlukan, beberapa pusat akan diaktifkan di kawasan mencari dan menyelamat (Search and Rescue Regions-SRR) Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu seperti:
  • Pusat Penyelarasan Menyelamat / Rescue Co-ordination Centre (RCC).
  • Sub-pusat Menyelamat / Rescue Sub-Centre (RSC).
Perkhidmatan SAR yang disediakan di kawasan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu adalah selaras dengan peruntukan yang terkandung di dalam ICAO-Annex-Search and Rescue.
SAR Emergency Drill
DCA juga ada menyediakan peralatan keselamatan yang lengkap dan mencukupi. Untuk operasi menyelamat, sebuah pesawat yang besar khas untuk situasi maritim boleh didapati di tempat-tempat berikut:
  • Butterworth, Pulau Pinang;
  • Kuala Lumpur;
  • Kuantan, Pahang;
  • Kuching, Sarawak;
  • Labuan.
Maklumat yang cepat dan tepat mengenai pergerakan semua pesawat adalah penting untuk memastikan keberkesanan setiap operasi yang dijalankan. Juruterbang dan operator penerbangan perlu memaklumkan kepada organisasi yang berkenaan agar persediaan yang rapi dapat dilakukan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang memerlukan operasi SAR dilaksanakan.
Perjanjian SAR telah dimeterai di antara Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Perjanjian dua hala ini adalah persetujuan untuk melaksanakan operasi SAR di lingkungan kawasan terbabit di negara masing-masing. Perjanjian ini juga membenarkan pesawat SAR dari mana-mana negara memasuki ruang udara negara yang lain untuk operasi SAR/memberi bantuan di dalam operasi tersebut. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk tujuan perkhidmatan SAR di mana-mana negara boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di Malaysia selagi permintaan tersebut dimaklumkan kepada Pusat Penyelaras Menyelamat atau Pusat Kawalan Trafik Udara Malaysia.
Unit Latihan
Unit ini merupakan cawangan kolej DCA Subang. Fungsinya ialah untuk menjalankan kursus-kursus yang tidak dapat dikendalikan oleh Kolej DCA Subang terutama yang melibatkan pelatih dari Sabah.
Taklimat SAR di Malindo
Unit latihan di Pusat Kawalan Trafik Udara Wilayah II ini hanya menjalankan latihan untuk kursus-kursus utama iaitu:
  • Kursus Aerodrome.
  • Kursus Approach Control.
  • Kursus Area Radar.
Selain memberi latihan kepada pelatih baru, unit ini juga bertanggungjawab memberikan latihan kepada pegawai yang dalam perkhidmatan dan perlu mengikuti kursus seterusnya serta memberikan latihan kepada pegawai yang telah lama dalam perkhidmatan untuk tujuan memperbaharui lesen. Terdapat dua bentuk latihan yang dijalankan iaitu secara praktikal dan juga secara lisan. Peperiksaan yang dijalankan pula adalah secara bertulis, praktikal dan juga lisan.
 

lapangan antarabangsa kuala lumpur


banyak maklumat berguna di sini
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Kuala_Lumpur

english for ATC

forum atc

pegawai kawalan trafik udara - part 2

baca artikel di sini



Tugas mereka 'bermain' dengan nyawa. Sekiranya berlaku kecuaian di pihak pegawai kawalan trafik udara maka beratus-ratus nyawa akan melayang begitu sahaja.
Walaupun ramai yang menjangkakan tugasnya seperti polis trafik yang menjaga lalu lintas di jalan raya namun di udara tiada lampu trafik yang boleh membenarkan sesuatu pesawat berhenti sekiranya terdapat pesawat yang menuju ke arahnya.
Oleh kerana tanggungjawab besar yang harus digalas, hanya individu yang komited, berani, teliti dan membuat keputusan cepat sahaja yang boleh mengharungi kerjaya ini.
Pengarah Pusat Kawalan Trafik Udara FIR Kuala Lumpur, Balasubramaniam Muttaya berkata, seseorang yang ingin menjadi pegawai kawalan trafik udara harus menjalani tiga kali ujian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Penerbangan Awam.
Ujian tersebut ialah IQ dan matematik, ujian suara dan temuduga di mana jika lulus barulah boleh memasuki Kolej Penerbangan Awam, Subang untuk menjalani kursus hampir tiga tahun.
Semasa di kolej, pelatih harus menamatkan pengajian dengan jayanya dalam bidang aerodrome control dan memperoleh Aerodrome Control Rating, Approach Control (Approach Control Rating) dan Area Control (Area Control Rating).
Setelah tamat pengajian, pelatih perlu menjalani latihan amali di beberapa lapangan terbang selama tiga bulan, kemudian barulah ditempatkan di sektor penerbangan bagi mengendalikan tugas-tugas sebenar di menara kawalan atau bilik radar.
"Cabarannya cukup banyak kerana setiap sektor mempunyai tanggungjawab yang berlainan kerana perjalanan pesawat bukan mengikut paten yang sama begitu juga jenis pesawat yang sama tidak mendarat setiap hari.
"Satu lagi kewajipan bagi seorang pegawai kawalan trafik udara ialah mempunyai lesen yang membolehkannya bekerja di sesuatu posisi.
"Setiap seorang petugas perlu mempunyai lima lesen dalam tempoh yang ditetapkan. Lesen yang perlu dimiliki ialah dalam sektor aerodrome, approach control, area procedural, area radar dan approach radar.
"Bagi mendapat sesuatu lesen, seseorang pegawai itu juga harus lulus pemeriksaan perubatan. Bagi yang berumur 40 tahun ke bawah harus menjalani pemeriksaan dua tahun sekali manakala 40 tahun ke atas, setahun sekali. Jika berlaku kehilangan lesen itu, maka petugas tidak boleh bertugas,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah Balasubramaniam, kefasihan berbahasa Inggeris adalah diwajibkan kepada semua petugas kerana pegawai berinteraksi dengan juruterbang dan pusat kawalan asing.
Sekiranya keputusan peperiksaan mereka berada di tahap enam, maka tidak perlu mengambil peperiksaan itu seumur hidup, jika tahap lima, maka petugas perlu mengambil enam tahun sekali dan tahap empat, tiga tahun sekali manakala jika mendapat tahap 1, 2 dan 3 iaitu tidak lulus maka pegawai itu tidak dibenarkan mengendali tugas, tidak diberi lesen, tidak menunjukkan prestasi dan tidak akan ada elaun insentif.
"Justeru itu, mereka perlu menjalani peperiksaan semula bagi mendapatkan hak yang telah digantung atau ditarik balik
"Jadual kerja juga unik iaitu dua hari bekerja dengan dua hari cuti. Syifnya dari 1 petang hingga 7 malam, kemudian 7 pagi hingga 1 petang dan disambung ke 7 petang hingga 7 pagi. Inilah cabarannya yang bekerja 24 jam.
"Mereka turut dibenarkan berehat selama 30 minit hingga 45 minit. Penggunaan telefon bimbit tidak digalakkan dan harus dalam mood senyap kerana bakal mengganggu frekuensi,'' jelasnya yang telah berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kawalan trafik udara ini.
Menurutnya, risiko semasa menjalankan tugasan ini cukup banyak, jika berlaku kecuaian, maka kemalangan boleh berlaku. Namun begitu bukan semua kemalangan disebabkan oleh arahan pegawai kawalan trafik udara, ada juga disebabkan oleh kecuaian juruterbang, peralatan dan prosedur tidak diikuti.
"Oleh itu, bagi pegawai kawalan trafik udara sama ada wanita atau lelaki, ketelitian, kecekapan dan kepantasan dalam membuat keputusan amat dititikberatkan demi memastikan pesawat berada dalam keadaan selamat sama ada mendarat atau berlepas,'' katanya yang mengalu-alukan lebih ramai wanita menceburi bidang ini. - SADATUL MAHIRAN ROSLI


pakaian untuk newborn bersaiz kecil

hallo there.. good morning and have a nice day. dis post is dedicated to mom's out there yg baru lpas bersalin yang mana bayi dilahirkan bersaiz agak kecil. berat bayi normal selepas lahir adalah 2kg ke atas, namun disebabkan beberapa faktor, kadang2 ada bayi yg keluar kurang dr 2kg atau lebih mencecah ke 4kg.
okay, bagi yang mencari pakaian yg sesuai untuk bayi bersaiz kecil, sebab sgt kesian tgk bayi yg cinonet ni pakai baju besar2 nmpk mcm gelebeh, i would like to suggest parents out there cuba cari baju nih.







Baju ni sangat sesuai untuk baby saiz kecil, fabrik 100% cotton dan dijahit secara terbalik bagi memberi keselesaan kepada bayi.

dekat mane nak cari baju ni??..


16 May - Hari Guru

Selamat HAri GUru buat semua guru2 di Malaysia. Jasamu guru akan ku kenang hingga akhir hayat. semoga cikgu2 dirahmati Allah dan dilindungiNya sepanjang masa. Amin.

Selamat Hari IBU

Hari IBU disambut pada hari Ahad  ke-2 dalam bulan Mei di Malaysia. so today is Mother's Day.. Selamat Hari ibu saya ucapkan especially to MAMA saya.. thank you 4 your greatness love..  


Menjadi ibu adalah perkara biasa, namun menjadi seorang IBU yang terbaik utnuk anaknya tidak semudah yang disangka

The hardest part of being a mom , is having to give up things that we love for the ones that we love.



The most important and the hardest responsibility, is to be a role model for your kids. Try as much as you can to change any bad habits that you have, any behavioral problems that you have, an do it while your kids are still to young to copy them.
Your kids are imitating you, they are learning from you, they want to be like you and like their father, be careful at what you say and what you do because they will do it too.







Oleh itu, utk para IBU di luar sana, BE STRONG and always TRY the BEST to BECOME a great MOTHER. Hargailah IBU kita, jangan sesekali menyakitkan hati ibu kerana IBU sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.